Kelas Klik Dengan Bijak (Penipuan Kewangan Atas Talian)
26 Ogos 2024 | Aktiviti TerkiniKelas Klik Dengan Bijak (Penipuan kewangan atas talian) ini berlangsung dengan jayanya. Kelas ini telah berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi dengan kehadiran seramai 25 orang terdiri daripada ibubapa dan pelajar. Objektif kelas ini diadakan untuk mengajar peserta tentang ciri dan cara penipuan kewangan atas talian ini berlaku. Selain itu, para pelajar juga dapat memahami akan bahaya dan kesan penipuan ini terhadap mangsa.
Diharapkan kelas seperti ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar yang terlibat dan mengharapkan lebih banyak aktiviti ilmu diadakan bersama mereka kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: